Tuesday 22 May 2012

Stalker.

Kadang-kadang aku tergelak ketawa, kadang-kadang terduduk terkesima dan kadang-kadang aku berada di hadapan cermin mentelaah diri. Perbezaan itu jauh dan aku cuba kecapi kernaNya.

Bernasib baik mungkin tiada 'notification' muncul ketika seseorang mengintai profile. Mungkin juga yang akn segan tersipu-sipu malu jika terdapat keadaan yang sebegitu. Mana tidaknya asyik-asyik muncul orang yang sama. Yang kena intai pula mungkin sudah berfikiran macam-macam tentang si pengintai. :D

Haa!!! kan da kantoi. :D


Tidak salah mengintai, mungkin untuk mengenali. Tetapi jangan tersalah intai sudah, nanti ada yang kena batang hidung sendiri. 

Minta pada empunya sang diri, kan lebih baik begitu kalau tiada ketahuan ingin berbuat apa-apa, tiada kesalahan berusaha tetapi jangan melampaui garisan tetapan. Jika sudah ketemu, perlahan-lahan suarakan kepada wali teruskan pergerakkan. 

Ok yang nie saya tipu.


KeadilanNya tiada tolok bandingan, Dia memberi keperluan bukan kehendak, Dia memberi kelengkapan bukan kekurangan. Terbaik hanya untuk si terbaik. Jangan mudah melatah, bersabar sedikit tiada rugi kalau bersabar banyak lagi tidak rugi.

p/s: Bila lah aku nak kawen nie..:D 

Monday 21 May 2012

Dua dan satu (21)

Masih tidak terlambat bagiku mengucapkan pada diriku. :D


Umur semakin meningkat dan aku sudah mencecah ke arena 20-an. Terasa seperti semalam baru aku menjejak kan kaki ke zaman persekolahan ketika itu tiada masalah hendak difikirkan hanya berpandukan arahan dan melihat perbuatan. 

Kadang-kadang aku terasa di igau dengan kenangan lalu yang membuatkan aku terduduk terjelepuk. Gelap pandangan seperti tiada arah dan cahaya di hadapan. Tetapi tragedi itu membuatkan aku menjadi seorang yang matang dalam berfikir dan menjadi satu rahsia hanya aku dan Dia yang mengetahui.

Alunan melodi itu akan terus berkumandang sehingga tali itu putus.


Mungkin agak pelik, tetapi aku merasa gembira dan bertuah kerana tragedi itu berlaku pada awal usia ku ingin mengenal dunia dan aku sedar untuk bersiap sedia. 

21 tahun aku bernyawa dan memikir apa yang telah aku lakukan sepanjang kurniaanNya itu. Masa terbuang dan menjadi luput. Tiada perulangan hanya perjalanan.
 
 Jangan takut menempuh kegagalan, kelak ia membawa seribu pengajaran. Alhamdulillah.

p/s: terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengingati. Hati ini sudah ada tujuannya.
:D


 

Friday 11 May 2012

Keramaian yang dirindui.

Satu ruang yang dipenuhi idea-idea melampaui minda dan memberi satu impak positif kepada yang berfikiran terbuka. Tiada perbalahan hanya perbincangan, setapak demi setapak mendaki perjalanan.

Terasing dari pandangan orang sekeliling, bagai kan sepi dalam kebisingan. Tetapi hingarnya memecahkan telinga. Merindui suasana itu, secangkir minuman menjadi teman. Satu persatu idea dilontar menjawab satu persoalan yang menimbulkan satu persoalan yang lain.

Merah di dalam gelap.


Pelbagai anugerah diberi Nya, Pelbagai cara penggunaannya. Usah yang kecil yang besar pun menjadi sasaran gelak ketawa. Hubungan itu terlampau kuat, rindu itu menjadi perantaraan. 

p/s: wahai teman sekalian, aku ingin berada dalam keramaian kedamaian. 

Monday 7 May 2012

Mengetuk Jiwa.

Menjadi satu lumrah atas setiap insan, mencintai keindahan. Mata yang mencari kecantikkan, telinga yang mencari kemerduan dan hati yang mencari ketenangan. Tiada yang salah dalam perlakuan sebegitu kerana kita diberi pilihan dan setiap insan mempunyai tafsiran indah itu tersendiri.

Begitu juga aku, kadang-kadang seperti mencari intan yang terbaik di kalangan intan yang terbaik. Aku tidak ambil endah tentang kata belakang aku yang mengatakan aku terlampau mencari kesempurnaan tidak menerima apa yang sedia ada.

Aku bukan seorang yang sempurna dan tiada di kalangan insan ini yang sempurna. Sempurnanya seseorang itu apabila ia ketemu yang melengkapi.



Tidak aku kenal lebih, tidak aku ambil tahu lebih. Aku hanya sekadar memerhati daripada jauh kerana takut jatuh. Walaupun aku bijak dalam mengenali sikap tetapi tidak aku kenal seorang yang bernama. 

Sekadar mimpi dan igauan menjadi peneman. Sekadar bersua muka cukup menggoyahkanku. Cukup menepati cita rasa. Cukup segala isi dan inti yang menjadikan kemolekan itu terselah.

Bejubah hitam, putih berseri. SubhanaAllah. :D


Aku tidak terlalu berharap kerana aku percaya ketentuan Dia. Biar aku lengkapkan diri ini sebelum aku ingin menerima kemolekan itu. Sabar dan tabah mengharungi.

p/s: Jiwang sangat eyh. :D

Wednesday 2 May 2012

Hanya Sementara Bukan Selamanya

Tergesa-gesa tanpa berpaling muka, terlampau asyik dengan apa yang di hadapan mata tanpa perlu meneliti apa yang tiada. Bukan menjadi sesuatu kesalahan tapi ia menjadi satu kebiasaan yang di isi dari kecil. Usah kau lari kau tetap akan di ekori tanpa ada rasa penat dan lelah si pengekor.

Sedih dan pilu melihat, kadang-kadang aku juga sebegitu dan kini amat kerap merasai. Seperti hilang rentak dalam mencari apa yang di janji. Terlampau jauh rasanya daripada yang paling dekat. Tidak pernah aku dilupai tetapi aku selalu alpa dalam mengingati.




Bulat nya seperti roda, jatuh naik menjadi kebiasaan. tetapi kenderaan itu tetap perlu berjalan walaupun seberat mana pun beban. Aku pernah merasa kecewa, tetapi tidak perlu kecewa itu diratapi hingga menjadi pepaku yang merosakkan. 

Si palsu sentiasa memperdaya, Si kekal sentiasa menunggu. Aku masih tidur dan jaga nya seperti kerdipan mata. Terlampau singkat masa sedar ku. Si palsu akan memberi ganjaran dan gunakan ganjaran itu kerana itu di janjikan dengan usaha. Si kekal pula menanti aku meniti jalan asing untuk membawa beban itu.


Its Never Be Worst.


Hanya sementara bukan selamanya, Tahan sebentar wahai diri kelak nanti kita akan pergi.
Pemergian itu biar lah menjadi pintu bagi aku InsyaAllah.

p/s: Berduri jalan itu, terluka itu biasa, jangan merasa ngeri dalam mencari pintu, ia adalah sesuatu yang luar biasa, teruskan kerana terdapat manisnya di hujung.