Monday 16 January 2012

Jilbab Putih,Jubah Putih

Salam alaikum,
Berteman kan cahaya lampu, gegendang telinga diketuk-ketuk dengan alunan muzik, dengan susu berkopi, 
Mulut terkunci, hati bersuara, otak memerah idea dan akal menyangkal segala kekhilafan dengan keizinanNya.

Kelahiran kita diumpamakan seperti terhasilnya selembar kain putih yang dianyam dari benang-benang yang terbaik dari ladang, dan merupakan ciptaan yang indah. Suci dan bersih selembar kain putih itu tanpa dicemari oleh mana-mana tompok-tompok kekotoran. Menjadi pengubat kesakitan si ibu dan menjadi penawar kerisauan si ayah dalam berserah kepadaNya.



Warna-warna dan corak-corak yang dilakarkan pada selembar kain putih bermula dari tangan kedua ibu bapa, melukis corak-corak indah dan diwarnai dengan warna-warna yang memikat tanpa menimbulkan khianat. Kelalaian dalam mencorak akan merosak kan nilai kain yang terbaik.

Tetapi, ada kain yang terbengkalai corak dan warna nya, mencari pencorak dan pewarna yang arif dan meneruskan pencorakkan dan pewarnaan dengan bantuanNya. Pengalaman dan ilmu pengetahuan menjadikan warna-warna menjadi lebih terang dari kehijauan muda kepada kehijauan tua.
Corak yang cantik dan dilakar dengan teliti dan diwarna dengan warna memikat hati akan menarik perhatian selembar kain yang juga dicorak dengan sebegitu.Dibentuk menjadi pakaian "Jilbab Putih dan Jubah Putih". Baik akan bertemu baik, nakal akan bertemu nakal, dan seterusnya. Itulah keseimbanganNya dan jangan dikurangkan keseimbangan itu.
 
Mencari cinta bukan beerti perlu dicari, untuk menerima yang terbaik jadi yang terbaik, untuk menerima yang indah jadi indah, tiada urusan kita menjadi rahsia kepadaNya. Berbicara berdua DIA yang ketiga, jika berlima DIA yang keenam tiada yang kurang mahupun lebih.
Cinta itu lubuk yang dalam, pilih lah lubuk mana yang mahu, sama ada yang sejuk dan nyaman atau sebaliknya.




Dan akhirnya, kain itu menjadi lusuh dimakan usia, menjadi semakin putih dan hilang warna dan coraknya tetapi masih diingati warna dan corak tersebut oleh mana yang dipalit matanya oleh corak indah tersebut dan seterusnya adalah urusanNya. Putihnya kain yang membaluti tubuh dari pangkal hingga kehujung. menjadi peneman dalam satu tempat asing. 


p/s: Pelajaran itu diulang-ulangi dari guru segala guru, supaya yang terakhir lebih memahami

Wednesday 11 January 2012

Buku Dan Isinya.

Salam alaikum,
Sudah lama rasa jari ini tidak digerakkan untuk menekan papan kekunci Asusku. Terasa rindu pula nak bermadah, mengutarakan pandangan dalam cebisan ruang ini. Ayat aku pula macam berlagu-lagu. Minta maaf kepada mana-mana pihak yang kurang memahami apa yang aku tulis.

Ok, mesti ramai yang pernah dengar pepatah "Do not judge a book by its cover" kan. Setiap buku-buku itu ada isi-isinya sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat. Untuk memahami sesebuah buku itu kita kena mentelaah setiap rungkai kata yang terdapat dalam buku tersebut dan mendalaminya.

Setiap helaian ada cerita tersendiri, selak dan baca untuk memahami.

Begitu juga dengan manusia, setiap orang mempunyai sikap yang berlainan, ada kurang itu ada yang lebih ini dan kita juga seorang manusia yang tidak sempurna. Sebagai insan yang hidup bermasyarakat pelbagai karenah, celoteh yang kita lalui dan dengari, dan mesti ada yang tidak senang di hati. Kadang-kadang kita akan menjauh kan diri dengan keadaan yang sebegitu.

Seperti buku, yang ada kecacatannya dan kita mempunyai kelebihan untuk mengenal pasti kesalahannya, kita akan cuba memperbetulkan kesalahan tersebut dengan sendirinya sama ada ejaan, susun atur ayatnya untuk memudahkan kita memahaminya.Begitu juga dalam pergaulan, setiap orang mesti menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, bukan menunggu sekeliling bersesuaian dengan diri sendiri. 

Memahami dan mendalami seseorang adalah satu pekerjaan yang sukar tetapi dengan memahami diri sendiri kita akan dipermudahkan kerana kita juga manusia. Walaupun mempunyai sikap yang berbeza tetapi kita tetap dari rumpun yang sama. Bersangka baiklah dengan semua kelak ia akan membantu dalam pemerhatian kita.

p/s: Sekali ia menerpa, bertubi-tubi melayang kedalam.
Menjadi igauan dalam lenaku yang panjang.
Kemestian dalam berkehidupan.
Mencari pegangan dalam memulakan pelayaran.


Friday 6 January 2012

Cermin.

Salam alaikum.
Mencari pantulan diri, meneliti setiap inci diri, mencari kekhilafan pada seharian aku berdiri. Menatap tajam mata yang memandang, meneruskan hingga turu kepada hati diri, mengetuk pintu yang berkunci kejap. Aku meraba di dalam diri mencari kunci pintu, ku jumpai aku berjalan menuju kedalam.

Singa diri, bergantung pada dalam. :D

 Aku berhenti sejenak mengenangkan diri, meniti perjalanan sehari dari hidup hingga aku ingin menemui mati.
Merenung gerak langkah ku, derap tapak kaki ku, hayunan tangan ku, alunan nafas ku.
Cuba aku tegak dalam jatuh ku, menangis dalam ketawa ku,
Mencari diri ku.

Secebis ia ada tetapi sebekas itu datang memberatkan, aku terasa hilang dalam kesibukkan mencari palsu, jauh mencari asli. 
Masih lena, menjauh dalam mimpi.
Siang dan malam sama sahaja.
Bercucuran,berkesan tetapi tiada berbekas kekal.


p/s: Diri.