Wednesday, 11 January 2012

Buku Dan Isinya.

Salam alaikum,
Sudah lama rasa jari ini tidak digerakkan untuk menekan papan kekunci Asusku. Terasa rindu pula nak bermadah, mengutarakan pandangan dalam cebisan ruang ini. Ayat aku pula macam berlagu-lagu. Minta maaf kepada mana-mana pihak yang kurang memahami apa yang aku tulis.

Ok, mesti ramai yang pernah dengar pepatah "Do not judge a book by its cover" kan. Setiap buku-buku itu ada isi-isinya sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat. Untuk memahami sesebuah buku itu kita kena mentelaah setiap rungkai kata yang terdapat dalam buku tersebut dan mendalaminya.

Setiap helaian ada cerita tersendiri, selak dan baca untuk memahami.

Begitu juga dengan manusia, setiap orang mempunyai sikap yang berlainan, ada kurang itu ada yang lebih ini dan kita juga seorang manusia yang tidak sempurna. Sebagai insan yang hidup bermasyarakat pelbagai karenah, celoteh yang kita lalui dan dengari, dan mesti ada yang tidak senang di hati. Kadang-kadang kita akan menjauh kan diri dengan keadaan yang sebegitu.

Seperti buku, yang ada kecacatannya dan kita mempunyai kelebihan untuk mengenal pasti kesalahannya, kita akan cuba memperbetulkan kesalahan tersebut dengan sendirinya sama ada ejaan, susun atur ayatnya untuk memudahkan kita memahaminya.Begitu juga dalam pergaulan, setiap orang mesti menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, bukan menunggu sekeliling bersesuaian dengan diri sendiri. 

Memahami dan mendalami seseorang adalah satu pekerjaan yang sukar tetapi dengan memahami diri sendiri kita akan dipermudahkan kerana kita juga manusia. Walaupun mempunyai sikap yang berbeza tetapi kita tetap dari rumpun yang sama. Bersangka baiklah dengan semua kelak ia akan membantu dalam pemerhatian kita.

p/s: Sekali ia menerpa, bertubi-tubi melayang kedalam.
Menjadi igauan dalam lenaku yang panjang.
Kemestian dalam berkehidupan.
Mencari pegangan dalam memulakan pelayaran.


No comments:

Post a Comment