Monday 16 January 2012

Jilbab Putih,Jubah Putih

Salam alaikum,
Berteman kan cahaya lampu, gegendang telinga diketuk-ketuk dengan alunan muzik, dengan susu berkopi, 
Mulut terkunci, hati bersuara, otak memerah idea dan akal menyangkal segala kekhilafan dengan keizinanNya.

Kelahiran kita diumpamakan seperti terhasilnya selembar kain putih yang dianyam dari benang-benang yang terbaik dari ladang, dan merupakan ciptaan yang indah. Suci dan bersih selembar kain putih itu tanpa dicemari oleh mana-mana tompok-tompok kekotoran. Menjadi pengubat kesakitan si ibu dan menjadi penawar kerisauan si ayah dalam berserah kepadaNya.



Warna-warna dan corak-corak yang dilakarkan pada selembar kain putih bermula dari tangan kedua ibu bapa, melukis corak-corak indah dan diwarnai dengan warna-warna yang memikat tanpa menimbulkan khianat. Kelalaian dalam mencorak akan merosak kan nilai kain yang terbaik.

Tetapi, ada kain yang terbengkalai corak dan warna nya, mencari pencorak dan pewarna yang arif dan meneruskan pencorakkan dan pewarnaan dengan bantuanNya. Pengalaman dan ilmu pengetahuan menjadikan warna-warna menjadi lebih terang dari kehijauan muda kepada kehijauan tua.
Corak yang cantik dan dilakar dengan teliti dan diwarna dengan warna memikat hati akan menarik perhatian selembar kain yang juga dicorak dengan sebegitu.Dibentuk menjadi pakaian "Jilbab Putih dan Jubah Putih". Baik akan bertemu baik, nakal akan bertemu nakal, dan seterusnya. Itulah keseimbanganNya dan jangan dikurangkan keseimbangan itu.
 
Mencari cinta bukan beerti perlu dicari, untuk menerima yang terbaik jadi yang terbaik, untuk menerima yang indah jadi indah, tiada urusan kita menjadi rahsia kepadaNya. Berbicara berdua DIA yang ketiga, jika berlima DIA yang keenam tiada yang kurang mahupun lebih.
Cinta itu lubuk yang dalam, pilih lah lubuk mana yang mahu, sama ada yang sejuk dan nyaman atau sebaliknya.




Dan akhirnya, kain itu menjadi lusuh dimakan usia, menjadi semakin putih dan hilang warna dan coraknya tetapi masih diingati warna dan corak tersebut oleh mana yang dipalit matanya oleh corak indah tersebut dan seterusnya adalah urusanNya. Putihnya kain yang membaluti tubuh dari pangkal hingga kehujung. menjadi peneman dalam satu tempat asing. 


p/s: Pelajaran itu diulang-ulangi dari guru segala guru, supaya yang terakhir lebih memahami

No comments:

Post a Comment