Thursday, 5 April 2012

Wake Up!!

Ya!! betul, mimpi indah mengulit kembali susuk tubuh ku ini. Aku terus terkesima dan terpana dengan cahaya keindahan. Cukup hanya setakat itu, aku tidak lagi ingin berpaling dan memeluk kisah lampau yang menjadi igauan ku setiap masa.

Terduduk aku meratapi, menjadi seseorang yang bukan diri. Ruang yang ku tutup perlahan-lahan tersingkap, menangkap segala yang melalui seperti haiwan yang kelaparan. Takut, memang itu perkataan yang aku bisikkan pada diri. Terlampau banyak kekalutan dalam diri aku takut aku dibawa pergi dalam arus itu.

Bukan mudah untuk bangkit walau hanya sejengkal daripada tapak jatuhku. Terlampau banyak kisahku yang menjadi asing bagiku. 

Bangkitlah wahai diri, berdiri lah kamu atas tapak yang kamu miliki. Jangan kau gentar mengharungi gelodak-gelodak itu kerana ia hanya soalan ujianmu. Peganglah teguh pada tali-tali itu, sambutlah tangan yang dihulur dari hadapanmu dan tempislah cengkaman dari belakangmu itu.

Aku bukan seorang diri dalam gelap ini, sentiasa ada yang memerhati. Tadah tapak tangan, rendahkan pandangan, tundukkan segalanya kerna DIA faham apa yang terbaik untukku.

p/s: cukuplah hanya sekadar besederhana, jangan melebih-lebih wahai diri.

No comments:

Post a Comment