Tuesday, 10 April 2012

Sinonim Senyapku,

Senyap, selalu disalah sangka oleh pelbagai pihak dan menjadi tanda tanya yang kadang ketemukan jawapan yang tidak memuaskan hati kerna tidak bertepatan dengan sangkaan kita mengenai tingkah laku senyap seseorang tersebut.

Pabila ku diselubungi kemurungan aku akan senyap melayan perasaan ini seorang diri tanpa ingin rasa sebarang gangguan luaran, pabila ku marah akan aku senyap untuk melenyapkan segala duri-duri amarah yang mencucuk diri ini. 

Ada juga kalanya aku senyap kerana aku ingin bersendiri tanpa sebab, membuatkan setiap orang termangu-mangu. Ketika aku tidak ketahuan sesuatu perkara aku senyap menantikan penjelasan yang tulus.

Ketika menjadi pemerhati yang tegar aku akan senyap meneliti setiap pergerakkan dan mentafsir menjadi satu cerita yang tidak aku pernah bukukan.


 

Aku tidak tahu adakah senyap itu dapat menarik perhatian tetapi itu yang kadang-kadang aku lakukan. Tetapi sesuatu aku tidak dapat senyapkan iaitu kegilaan aku, perangai yang sesetengah orang anggap menjelikkan.

Biar kau kenal buruk ku dahulu jangan kau kenal baik ku, biar kau berprasangka jangan kau memandang ku tanpa cela, aku cuma manusia penuh dengan ketidak sempurnaan, belajar menerima bukan meminta, umpama tangan kiri berada di celah-celah jari jemari tangan kiri, saling melengkapi menjadi sesuatu genggaman yang kuat dengan izinNya.

p/s: Senyap itu satu kemestian, bukan seksaan tetapi kebanggaan.

2 comments:

  1. betul..kadang2 senyap itu perlu.

    ReplyDelete
  2. i like this one..seolaha2 smtg yg lain dri yg lain

    ReplyDelete