Thursday, 1 March 2012

Cobaan. :D

Pheeewiitt... bersiul seorang jejaka kurang tampan kepada wanita cantik itu. Jelingan menyinga diberikan kepada jejaka itu. Tersipu-sipu malu jejaka itu menadah jelingan tersebut. Wanita itu pelik dengan kelakuan jejaka itu yang kelihatan kurang betul otak nya. Tiba-tiba seorang pemuda tampan secara tidak sengaja berlari sebelah wanita itu dan terlanggar bahu. Terjatuh segala pegangannya, tanpa menoleh kebelakang pemuda itu berlalu menninggalkannya.

Daripada cerita singkat di atas, agak-agak apa reaksi wanita tersebut. Kita tidak tahu apa yang dibicarakan dalam hatinya. Agak-agak ada idea bernas, kita kongsi ramai-ramai.

Hari-hari berlalu meninggalkan kita, tanpa menoleh. Kita pandang jauh kehadapan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling kita, baik buruknya kita biarkan sepi tanpa kata. Kita tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap orang sekeliling serta diri kita. Akhirnya benda yang sama berulang terkena pada batang hidung kita sendiri. Perit rasanya kan.



Sekali diri ini terasa sakit, hilang segala tumpuan. Pelbagai kerja tidak berjalan, tertangguh sana tertangguh sini dan macam-macam hal lagi berlaku merungsingkan pemikiran. Jangan mudah mengalah dan bangkitlah dengan senyuman terukir di bibir. Bergembira apa yang berlaku terhadap diri kita kerana ia pengalaman yang tidak dapat dibeli dalam kehidupan dan ia tidak akan berlaku lagi seperti yang telah berlaku sebelumnya seratus peratus.

Bagaikan air yang mengalir, sekali dicelupkan tangan di dalam nya kita tidak akan dapat mengejar titik yang sama celupan pertama tersebut, ia satu perjalanan yang mematangkan bukan perjalanan yang menjerihkan. Tiada kepenatan dalam kenikmatan dan kemanisan. 

p/s: Cerita sama diberitahu berkali-kali menunggu difahami. :D

No comments:

Post a Comment