Wednesday 29 February 2012

Aku Dan Dia.

Perasaan itu menjalar di seluruh pembuluh darahku, terngiang-ngiang gelak ketawanya yang menjadi muzik ketika aku berkelana. Tangisannya menjadi perhentian yang amat lama bagiku mengaut kekuatan untuk bertegak kembali dalam diriku sendiri. Karenah manjanya menjadikan warna-warna yang terang menjadi secerah mentari yang mengaburi pandangan.

Renungan matanya menjadikan aku terkesima seketika, terhentinya masa. Diri ini seakan-akan terdiam dalam menyaksikan keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Lunak suaranya ketika berkata-kata tanpa henti kerna dia memang dikenali dengan celoteh panjangnya.

Sepi daripada dia bagaikan sunyi untukku, tiada simfoni berlagu. Aku selalu menjadi telinga, menjadi si pemilih baginya. Dia memang tiada tahu apa yang hendak dipilih kerana dia selalu menjadi begitu kompleks dan aku seorang yang "simple" tetapi kompleks dalamnya.

Bukan mencari kesempurnaan tetapi mencari yang melengkapi. :D


Indah memandang dia gembira. Asal dia faham erti bahagia itu sudah beerti bagiku seorang pengembara yang akan berhenti di masa yang tidak ketahuan.

p/s: hanya sekadar coretan.

2 comments: