Friday 2 December 2011

Simpan!! Supaya Kau Dekat.

Salam alaikum,
Kalau diri ini dah kemaruk sangat nak bercinta carilah tempat yang sepatutnya untuk meluahkannya agar apa yang disimpan tidak menjadi beban dalam perjalanan. "Kepada Kau aku sembah, dan kepada kau aku mohon pertolongan". Dan Dia adalah sebaik-baik memberi pertolongan.
 
Jangan kau terasa bersalah untuk mencintai seseorang. Ia adalah fitrah seorang manusia. sedangkan haiwan pun berperasaan cinta terhadap jenis mereka inikan kita yang dikurniakan akal dan fikiran. Tetapi jaga cinta itu supaya kau kekal perpelihara dalam gerak langkahmu.


Keep that and Think of His/Her Creator. =)
Simpanlah perasaan cintamu terhadap seseorang itu jika ingin lebih dekat kepada Pencipta yang mencipta perasaan cinta itu sendiri dan seseorang yang kamu cintai itu. Baliklah kepada Penciptanya bukan ciptaanNya. Mengadulah kamu kepadaNya.
“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid” (maksud hadis riwayat Hakim, Ibn Asakir, ad Dailami dan lain-lain)

Cinta yang disembunyi itu adalah lebih baik dari cinta yang digembar gemburkan kerana kita tiada menahu apa yang berlaku pada masa depan sama ada itu yang terbaik atau sebaliknya.

Cinta itu tidak berbekas tetapi memberi kesan.

Hold it in your heart and it will always be more meaningful :)

p/s: nukilan =) 

3 comments: