Salam alaikum,
Pandangan kau menerobos ke hadapan, tetapi kau masih buta dalam kecelikkan.
Fikiran kau menangkap segala kefahaman, tetapi akal kau mentafsir dengan tuli.
Berkata kau dengan lantang tetapi tidak mempunyai tiang,
Lebih baik kau diam dan hilang mencari pedoman.
Ketajaman kata mu, didirikan dengan ilmu yang diberikan kefahaman.
Bukan kelantangan suara yang menjadi ukuran.
Selam dan daki dalam lautan.
Kerana hanya setitik yang kini kau pegang.
Percaya bukan hanya menerima. :) |
Tatkala kau jatuh ketika mendaki, lemas ketika menyelami,
Bangkit dan cari tempat pegangan asalmu.
Bukan diberi sia-sia yang dua itu,
Sebagai tali menuju Yang Satu.
Siap siaga kan dalammu,
Agar yang luar tampak gerun di mata si pencela.
Bukan hiruk dan pikuk sebagai penyelesai,
Tetapi kata bersulam ilmuNya menjadi pendamai.
p/s: Ketika ia hilang kau menangis tersedu-sedu, Ketika ia ada kau sepak seperti batu, Kenapa begitu dan mana perilaku kehormatmu sebagai penyambung dalam isi Nya.
waahh....pandai buat sajak..
ReplyDeletehidung korang tak mancung?tak cantik?mari tengok sini...
http://pulsowanie.blogspot.com/2011/12/jom-mancungkan-hidung.html