Monday 23 April 2012

Jarak sesuatu yang istimewa.

Mungkin tiada yang sanggup meniti perjalanan yang amat jauh untuk sampai ke suatu tempat tujuan,
Barangkali amat jarang bagi sesiapa yang sanggup menahan rindu tidak bertemu dengan si teman hidup, dan jauh sekali yang ingin mendekati sesuatu yang pasti.

Istimewa yang bagi mereka yang merelakan jarak ini, yang melalui nya dengan tenang tanpa gumam kosong dan omelan yang tiada henti. Bagaikan pembangkit bagi yang jatuh, perjalanan jauh ini memberi sesuatu ketenangan dan kerinduan yang jitu. Tiada kerugian menahan dan tabah menghadapi.

Jangan disesali, senyum itu tiada rugi ,perjalanan ini ketetapanNya.


Setiap jarak yang dikira menjauh diri dengan calit hitam, amat bermakna bagi yang mendekati. Setiap titisan rindu halakan pada Pencipta Rindu. Milik Dia segala sesuatu tiada yang terkecuali.

Perjalanan jauhmu memberikan inti pati yang berguna pada mindamu, Ketabahan mu meniti jarum-jarum memberi kamu pedang yang tiada tanding. Jarak itu sesuatu yang istimewa tiada ruginya. 

p/s: Kejauhan itu mengubati dan mengajari. 

Saturday 21 April 2012

Cerita sebuah mimpi.

Muka nya berseri-seri menampakkan keayuan, tubuh nya di sarungkan dengan jubah hitam lengkap segalanya atas ke bawah, lengkok cara nya mencairkan kalbu seorang insan bernama lelaki, tutur kata nya beradap dan dalam kelembutan suaranya terselit ketegasan jitu seorang mujahid.

It awesome. :D


Rindu selepas ketemukanya amat kepalang, tersentak pemikiran dengan penampilan yang amat sekali menjadi carian, ketemu di nyata tiada pernah, hanya mimpi yang menjadi perhubungan,

Satu cerita yang telah berjalan, satu penghujung yang telah aku dapatkan tetapi cerita itu tiada dalam kepala, hanya imej samar yang menjadi tatapan. "Saya minta maaf atas perkara tiga hari lepas" satu tutur kata yang jelas serta melekat di pemikiran memikirkannya,

p/s: bertemu kembali tiada mungkin ku lepaskan.

Tuesday 10 April 2012

Sinonim Senyapku,

Senyap, selalu disalah sangka oleh pelbagai pihak dan menjadi tanda tanya yang kadang ketemukan jawapan yang tidak memuaskan hati kerna tidak bertepatan dengan sangkaan kita mengenai tingkah laku senyap seseorang tersebut.

Pabila ku diselubungi kemurungan aku akan senyap melayan perasaan ini seorang diri tanpa ingin rasa sebarang gangguan luaran, pabila ku marah akan aku senyap untuk melenyapkan segala duri-duri amarah yang mencucuk diri ini. 

Ada juga kalanya aku senyap kerana aku ingin bersendiri tanpa sebab, membuatkan setiap orang termangu-mangu. Ketika aku tidak ketahuan sesuatu perkara aku senyap menantikan penjelasan yang tulus.

Ketika menjadi pemerhati yang tegar aku akan senyap meneliti setiap pergerakkan dan mentafsir menjadi satu cerita yang tidak aku pernah bukukan.


 

Aku tidak tahu adakah senyap itu dapat menarik perhatian tetapi itu yang kadang-kadang aku lakukan. Tetapi sesuatu aku tidak dapat senyapkan iaitu kegilaan aku, perangai yang sesetengah orang anggap menjelikkan.

Biar kau kenal buruk ku dahulu jangan kau kenal baik ku, biar kau berprasangka jangan kau memandang ku tanpa cela, aku cuma manusia penuh dengan ketidak sempurnaan, belajar menerima bukan meminta, umpama tangan kiri berada di celah-celah jari jemari tangan kiri, saling melengkapi menjadi sesuatu genggaman yang kuat dengan izinNya.

p/s: Senyap itu satu kemestian, bukan seksaan tetapi kebanggaan.

Thursday 5 April 2012

Wake Up!!

Ya!! betul, mimpi indah mengulit kembali susuk tubuh ku ini. Aku terus terkesima dan terpana dengan cahaya keindahan. Cukup hanya setakat itu, aku tidak lagi ingin berpaling dan memeluk kisah lampau yang menjadi igauan ku setiap masa.

Terduduk aku meratapi, menjadi seseorang yang bukan diri. Ruang yang ku tutup perlahan-lahan tersingkap, menangkap segala yang melalui seperti haiwan yang kelaparan. Takut, memang itu perkataan yang aku bisikkan pada diri. Terlampau banyak kekalutan dalam diri aku takut aku dibawa pergi dalam arus itu.

Bukan mudah untuk bangkit walau hanya sejengkal daripada tapak jatuhku. Terlampau banyak kisahku yang menjadi asing bagiku. 

Bangkitlah wahai diri, berdiri lah kamu atas tapak yang kamu miliki. Jangan kau gentar mengharungi gelodak-gelodak itu kerana ia hanya soalan ujianmu. Peganglah teguh pada tali-tali itu, sambutlah tangan yang dihulur dari hadapanmu dan tempislah cengkaman dari belakangmu itu.

Aku bukan seorang diri dalam gelap ini, sentiasa ada yang memerhati. Tadah tapak tangan, rendahkan pandangan, tundukkan segalanya kerna DIA faham apa yang terbaik untukku.

p/s: cukuplah hanya sekadar besederhana, jangan melebih-lebih wahai diri.