Wednesday 29 February 2012

Corakmu Dan Corakku

Kulit menjadi ukuran, isi menjadi buangan. Tiada yang cela dipandang hanya keindahan menjadi tatapan. Hati yang bersih menjadi ukuran bukan luaran yang hitam melengut menjadi sandaran.

Corakku dan corakmu berbeza, aku lukis corakku supaya dapat menerima corakmu. Hidupku dan hidup jauh perbezaan dan pejalanan tetapi mempunyai satu tujuan yang serupa. Kenali dirimu sebelum mengenali diriku kerana ia lebih mudah sebegitu. Kerana kau senang bertaut pada ruangan jariku bukan menjadi kepal penumbuk dan penampar yang saling berbalah tanpa mahu beralah.

Rises like roses.

Selami diri mencari sebenar-sebenar penegak supaya kau dapat gagah berdiri dalam arus penuh tipu daya. Kalahkan tipu daya dengan tipu daya kejujuran. DIA sebaik-baik perancang dan kau hanya perlu meneruskan pemegangan watak dan mencari kejayaan dalam palsu dan asli.

Jangan kau ingkar dan menerima murka. Biar kau senyap mencari bahagia. Kelam diri dalam cahaya biar kau bercahaya dalam gelap gelita. Usah kau bimbang dalam berbicara tetapi berbicara dengan hati beserta akal bukan beserta nafsu yang menunggang. 

p/s: usai kata.

Aku Dan Dia.

Perasaan itu menjalar di seluruh pembuluh darahku, terngiang-ngiang gelak ketawanya yang menjadi muzik ketika aku berkelana. Tangisannya menjadi perhentian yang amat lama bagiku mengaut kekuatan untuk bertegak kembali dalam diriku sendiri. Karenah manjanya menjadikan warna-warna yang terang menjadi secerah mentari yang mengaburi pandangan.

Renungan matanya menjadikan aku terkesima seketika, terhentinya masa. Diri ini seakan-akan terdiam dalam menyaksikan keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Lunak suaranya ketika berkata-kata tanpa henti kerna dia memang dikenali dengan celoteh panjangnya.

Sepi daripada dia bagaikan sunyi untukku, tiada simfoni berlagu. Aku selalu menjadi telinga, menjadi si pemilih baginya. Dia memang tiada tahu apa yang hendak dipilih kerana dia selalu menjadi begitu kompleks dan aku seorang yang "simple" tetapi kompleks dalamnya.

Bukan mencari kesempurnaan tetapi mencari yang melengkapi. :D


Indah memandang dia gembira. Asal dia faham erti bahagia itu sudah beerti bagiku seorang pengembara yang akan berhenti di masa yang tidak ketahuan.

p/s: hanya sekadar coretan.

Thursday 23 February 2012

Kawan Baik Yang Menjadi Musuh.

                          Pelancaran roket BURUNG 1 telah berjaya dan sekarang dalam perjalanan menuju ke planet asing tersebut. Melalui interkom pelbagai berita dapat kami dengarkan daripada para angkasawan yang terlibat. Mereka menyatakan bahawa terdapat benda-benda yang kelihatan ketika perjalan seperti bintang honey stars, roket madu serta planet susu yang seperti seekor lembu. :D. *serius melalut sudah cerita rekaan ni. ada aku kesah?? :p

                          Mesti ada yang sangka entry kali ini mengaitkan watak-watak berlainan tetapi tidak. Sebenarnya dalam diri kita ada terdapat satu kawan baik dan juga musuh kita. Ia adalah nafsu kita sendiri. Kawan baik akan memarahi kita jika kita melakukan kesilapan. Mereka akan bagi tepek kat muka tanpa ayat tapisan menggunakan penapis yang paling mahal sebab mereka kawan baik kita. Mereka kenal kita dan kita kenal mereka. 

                           Begitu juga dengan nafsu, kita kena didik nafsu kita supaya dapat mencegah diri kita daripada melakukan kesilapan. Nafsu kita memerlukan seorang pembimbing dan pembimbingnya adalah kita. Didik nafsu supaya dapat membentuk kita ke arah yang lebih baik. Nafsu untuk beribadat, berjimat dan seantero dengannya.

                            Sebagai manusia kita selalu tergelincir dari landasan kita, tetapi tidak bermakna kita akan tergelincir berkali-kali. Sekali dah kena tak kan lah nak kena sekali lagi. Ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku bukan membiarkan seperti air yang mengalir.

                            Jangan biarkan si tunggangan mengepalai penunggang. Jangan biar nafsu menguasai diri tetapi biarkan diri ini berkuasa.

p/s: aku masih menunggu, aku tidak akan memalingkan diri ini. 

 

Monday 20 February 2012

MSC


                 ……..3…2…1, terlancarlah sebuah roket dari bumi menuju ke sebuah planet yang amat asing sekali bagi sekalian umat manusia. Para angkasawan hanya bergadai nyawa untuk mendarat di planet asing itu demi maklumat dan ilimu yang akan digunakan untuk manusia sejagat dari semasa ke semasa. Ok, sudah cukup part mengarut aku. :D nanti aku sambung lagi di bahagian kedua.

                MSC bukanlah Malaysia Status Company tetapi singkatan bagi Minat, Sayang dan Cinta. Daripada mana datang ketiga-tiga rasa ini? Manakah arah tuju rasa-rasa ini? Disini aku ingin berkongsi pendapat dan mana-mana nak menyuarakan pandangan serta cacian dan makian sila berbuat demikian di bahagaian komentar di bawah ok.

                Minat dan senang ditafsirkan sebagai suka. Minat melihat, minat mendengar dan bermacam-macam jenis minat lagi lah. Rasa minat ini datang dengan apa yang kita dapat rasa dengan pancaindera kita. Sama ada mendengar,melihat,merasa, menyentuh dan seterusnya. Contohnya, seorang gadis berkulit gebu, cantik rupa parasnya, dan elok pertuturannya membuatkan kita tertarik kepadanya dan datang lah minat.

                Bermula dengan minat daripada itu kita akan bermula langkah-langkah seterusnya, berkenalan…bla…bla…bla….*lama da tinggal benda-benda ni kan..:D. Selepas itu timbul lah perasaan sayang yang semakin hari semakin menebal perasaan tersebut.

                Daripada sayang terbitlah perasaan cinta sesama makhluk ciptaanNya. Sedar atau pun tidak semua yang diatas semua berlandaskan kehendak, dan juga nafsu seseorang. Kita banyak melandaskan benda-benda sebegini atas nafsu dan kehendak semata-mata tanpa memikirkan akibatnya.

                Tidak dinafikan memang ia disandarkan pada kehendak tetapi kita boleh letak kehendak itu di atas landasan yang betul tak kan lah sebuah kereta nak diletakkan di atas landasan kereta api. Lama kelamaan tergelincir menyembah bumi. 

                Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan pembaca, landaskannya di atas landasanNya agar kita dapat mengecapi keredhaanNya tanpa memurkakanNya.

p/s: Aku tidak akan pernah sempurna, Cuma terima aku seadanya kerana aku juga mencari sejati dalam kelam hidup ini.