Wednesday, 30 November 2011

Ketakutan menebal, kecintaan tipis.

Salam alaikum,
Sejak  "create" blog baru ini aku terasa macam malas pula nak tulis balik apa yang telah aku tulis kat blog lame dulu tu. Bagi aku blog ini untuk luahan aku, tak kan lah aku nak luahkan satu benda berkali-kali. Tetapi aku juga manusia yang sentiasa alpa akan keadaan dan kelemahan diri ini. Konklusinya aku akan tulis benda- benda lama itu balik. hehehe.. :P

Berbalik pada tajuk entry aku kali ini, kisah yang aku nak ceritakan ini agak janggal atau kasar bagi sesetengah pihak, tetapi aku cerita juga lah kan. Kematian. Berapa ramai makhluk Allah yang takut kepada kematian?? Aku sendiri pun takut dengan mati. Pelbagai sebab kenapa orang takut mati, ada yang takut ingin menghadapi kesakitan sakratul maut, ada yang takut akan dosa-dosa yang lalu serta balasan dan ada yang takut akan tinggalkan dunia.

Never look it so dull. 
Tetapi berapa ramai yang mencintai kematian?? Korang sendiri akan fikir, "ada ke orang yang cinta kan kematian ni??". Ada tetapi tidak ramai dan amat minoriti jumlahnya. Kenapa kita perlu cinta akan kematian? Bila kita cinta akan seseorang atau sesuatu kita akan jaga dia seperti menatang minyak yang penuh. Sama juga seperti kematian, kita akan jaga diri kita supaya mampu bersedia menghadapi yang saat tersebut.

Kehidupan dunia ini InsyaAllah, Mati itu pasti. Dalam kematian ada kecantikkan sendiri. Kematian itu pasti tetapi tidak diketahui. Tidak seperti fakta-fakta yang lain. 
Dunia ini persinggahan yang lama, tetapi ia tetap satu persinggahan sebelum menuju satu tempat yang kekal abadi.

Dari RAJA kau datang kepada RAJA kau kembali.
p/s: Biar kau kelam, agar kau kenal erti cahaya. biar kau hilang agar kau kenal erti ada.

we just a puppet

Sunday, 27 November 2011

Peralihanmu.

Salam alaikum,
Jarang sekali jari jemari ini ingin mengisi kekosongan di ruangan madah ini. Terlalu banyak yang ingin ditintakan tetapi akhirnya tidak terjadi kerna terlampau banyak sampai tidak tahu hendak letak yang mana. :)
Secara rasminya selepas azan Maghrib tadi kita menyambut tahun Hijrah yang baru iaitu yang ke-1433, dan sebelum terlambat Salam Maal Hijrah too all.

Hijrah dulu dan kini ketara perbezaannya, tetapi sinonim maksudnya. Pada zaman RasulAllah S.A.W, Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah kerna penentangan Kaum Quraiysh terhadap dakwah baginda. Di pendekkan cerita selepas Hijrah panji dan syiar Islam tegak dan tersebar meluas ke seantero dunia.
Kini, kita tanya diri kita adakah kita sudah berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik. Seperti yang kita ketahui kita tidaklah sempurna akal dan sifatnya, tetapi kita boleh berubah dari semasa ke semasa. Kini kita berhadapan dengan hawa nafsu kita sendiri. sudahkah kita dapat mengawal mereka. atau kita yang dikawal. Kedua, perlakuan kita, masih lagi kita menonjolkan yang biasa-biasa dan sampai bila kita ingin ke yang luar biasa pula??

 
bit by bit.

Jangan memandang remeh keadaan ini, perbaikilah diri selagi masa masih ada, ingat LIMA sebelum LIMA supaya kita tidak sentiasa leka dengan buaian besi yang disadur emas. Kejarlah yang tulen dan pasti. :)
Berlari kamu kalau mampu, kalau masih lemah berjalanlah, kalau masih tiada kudrat merangkaklah kerna biar kita melangkah kehadapan dan jangan kita terkebelakang atau berada di takuk yang lama.

p/s: Peringatan diri dan sekalian. :)



Saturday, 19 November 2011

Melambai jauh.

Salam alaikum,
Kedengaran bunyi tapak kaki, meninggalkan sesuatu yang beharga kepada diri ini. Semakin jauh aku meninggalkan bekas-bekas yang begitu beharga bagiku seketika dulu. Kealpaan menjadi-jadi semakin menular dalam akal dan fikiran seorang insan yang bergelar manusia.
Bukan mudah untuk ku menagih kembali apa yang telah berlalu pergi, berusaha sekuat mana pun aku tetap tidak menjadi seperti dulu lagi. terasa lohong dan kosong dalam diri mencari pengisian yang sebenar-benar mengisi. Aku terjelepok, tersadung dan merangkak kembali mencari tapak yang dulu gagah berdiri tegak tanpa gentar.
Kini hatiku mudah menangis, terasa lembut sekali. Hilang semua gagah nya hati dahulu. Tetapi aku merasa gembira kerna sangkaan ku semakin tajam dengan bantuanNya. Aku tidak mudah meruduk dalam aliran yang pergi mencari lubang. Tetapi aku berkayuh di atas sampan mencari sesuatu yang tiada penghujung kecuali satu iaitu mati.

Benarkan aku mencari lagi, benarkan aku mengorak langkah lagi supaya aku kelam. Supaya aku merasa diri ini kosong dalam berisi.
p/s: sisipan dan siulan.



menapak dengan bentak dan kukuh dengan kebenaranNya.