Salam alaikum,
Lagak adalah hak yang pasti pada Yang Pasti hanya DIA sahaja yang boleh meninggi kerna DIA berhak atas ketinggian itu, bukannya kita yang hanya makhluk ciptaanNya yang sentiasa lalai dalam melaksanakan perintah dan amanahNya. Setinggi mana pun kita memujiNya tidak akan sama seperti DIA memuji DIA kerna DIA berhak atas segala-galanya.
Tunduk itu adalah kita tidak akan membongkak dengan anugerah yang dipinjamkan atas kasih sayang dan pemurahNya, DIA mengetahui apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan, DIA perancang dalam perancangan yang DIA sendiri tetapkan. Fahamilah rentak diri ini dan janganlah melebihi sesuatu yang tiada erti yang kelak akan memakan diri sendiri.
Biar kita tunduk kerna kita tahu siapa yang berkuasa, biar kita rendah kerna kita tahu siapa yang berhak atas ketinggian itu. kita hanya tin-tin kosong yang berdentingan apabila dilontarkan berbunyi bising tetapi tiada apa-apa. hanya melakukan pergerakkan dengan rahmat dan keizinanNya.
biarku hilang dalam gemerlapanNya kerna DIA yang bercahaya, biar aku hilang dalam perancanganNya kerna DIA yang sentiasa mengetahui apa-apa.
p/s: nista dan daku sudah sebati.
No comments:
Post a Comment