Sunday, 30 October 2011

Cinta Yang Diberi Benih Tetapi tidak Disemai.

  Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.  Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.  Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.  

Beberapa tahun berlalu… Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. 
Dengan cemas dia bertanya:  - Mana ibumu?  - Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia. - Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?  - Tidak!  

- Di mana pula abangmu?  - Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.  - (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?  - Tidak!  - لا حول ولا قوة إلا بالله  
- Kakakmu di mana?  - Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.  - Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?  - Tidak! 

Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…  Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!  Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. 
Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?  Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi? 

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.  

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!      

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'Asr.

p/s: Kalimah itu adalah tali, bukan rantai emas yang dibuat perhiasan semata-mata.



Catatan dan coretan lebih bernilai. Sejarah mengajar bukan hanya dipelajari

Saturday, 29 October 2011

Cinta.

Salam alaikum,
Cinta adalah salah satu perasaan yang terkandung dalam diri setiap insan. Tanpa cinta tiadalah simpati. Tanpa cinta tiadalah sayang dan tanpa cinta tiadalah diri. Cinta itu tidak berbentuk tetapi memberi bekas kepada setiap insan yang mengalaminya.

Bagi aku, cinta itu mempunyai tahap dan aturannya. Yang pertama adalah cinta kepada Yang Memberi Cinta. Kedua cinta kepada kekasihNya. Ketiga cinta kepada kitab yang diturunkanNya. Keempat cinta kepada ibu dan bapa. Dan yang terakhir cinta kepada sesama insan.

Carilah kotak yang kukuh untuk melindungi cinta-cinta yang berbekas terhadap diri kita, kerna bekas-bekas tersebut masih rapuh dan yang pasti yang melindungi adalah yang terkuat. Cinta kepada Ilahi akan membolehkan kita mendapat cinta-cinta yang lain kerna Dia yang memberi cinta dan Dia Maha Pengatur.

Tidak akan lari gunung dikejar, berkayuh-kayuhlah mencari cinta dan jangan terburu-buru yang boleh membuat diri menempa bahaya, cari bimbingan yang telah tersedia dan bukan melulu membuta tuli tanpa tali.

Kalimah yang kau tinggalkan kian sepi,walaupun kau tidak mengerti tetapi dia menyuci,hilang kalimah dalam diri bagai layang-layang tiada bertali, ingin meningkah arus tetapi dibawa pergi.

p/s: bangkitlah dari tidur dalam jagamu, sedarlah dari mimpi sedarmu. 





cinta terdiri dari pelbagai ciri, penuhi ciri-ciri itu. :)

Thursday, 20 October 2011

Pena dan Penulisnya.

Salam alaikum.
Kalau diri ini lemah biarkan ia lemah berisi, kalau diri ini kuat biar ia kuat berseni, jangan membuta tuli mendabik dada dengan apa yang, kerna ia bukan hak kita walaupun untuk seketika. Perlakuan dan pergerakan adalah caturan Yang Maha Segalanya bukan kita yang melakukan, kita hanya seperti pena yang digerakkan penulis dalam karangan ciptaannya, noktah dan perhentiannya akan ditentukanNya.
Sentiasalah memandang diri sendiri agar kita sedar akan kedudukan diri ini, bukan memandang diri insan-insan yang lain dan membicarakan keburukannya. Iman itu seperti air yang pasang dan surutnya tidak sentiasa pasang dan juga tidak sentiasa surut bergantung kepada amal kita, dan beringatlah kita hanya digerakkan bukannya gerak dengan tenaga kendiri.
Kita hanya peminjam yang masih dalam perjanjian yang akan dituntut pada masa yang ditentukanNya.
DariNya ia datang dan kepadaNya kita kembali. Apa yang terbit dari kita adalah datang dariNya bukan pergerakkan kita, DIA mengetahui ukuran iman kita dan sentiasa mengujinya. Kembalikan pergerakkan kita kepadaNya dengan ucapan pujian keatasNya.
p/s: aku bukan intan yang tidak pernah pecah tetapi aku kaca yang sentiasa pecah tetapi di corak lagi.

 

Sunday, 16 October 2011

Lagak dan Tundukku.

Salam alaikum,
Lagak adalah hak yang pasti pada Yang Pasti hanya DIA sahaja yang boleh meninggi kerna DIA berhak atas ketinggian itu, bukannya kita yang hanya makhluk ciptaanNya yang sentiasa lalai dalam melaksanakan perintah dan amanahNya. Setinggi mana pun kita memujiNya tidak akan sama seperti DIA memuji DIA kerna DIA berhak atas segala-galanya.
Tunduk itu adalah kita tidak akan membongkak dengan anugerah yang dipinjamkan atas kasih sayang dan pemurahNya, DIA mengetahui apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan, DIA perancang dalam perancangan yang DIA sendiri tetapkan. Fahamilah rentak diri ini dan janganlah melebihi sesuatu yang tiada erti yang kelak akan memakan diri sendiri.

Biar kita tunduk kerna kita tahu siapa yang berkuasa, biar kita rendah kerna kita tahu siapa yang berhak atas ketinggian itu. kita hanya tin-tin kosong yang berdentingan apabila dilontarkan berbunyi bising tetapi tiada apa-apa. hanya melakukan pergerakkan dengan rahmat dan keizinanNya. 

biarku hilang dalam gemerlapanNya kerna DIA yang bercahaya, biar aku hilang dalam perancanganNya kerna DIA yang sentiasa mengetahui apa-apa.
p/s: nista dan daku sudah sebati.

 

Saturday, 1 October 2011

Tangisan erti.

Salam alaikum,
tangisan adalah satu bentuk luahan perasaan tidak kira bagi lelaki atau wanita, lelaki kini jarang menitiskan air mata kerana egonya, wanita pula sudah sinoni dengan tangisan, setiap tangisan itu akan membawa erti masing-masing sama ada sedih atau gembira. tetapi adakah tangisan ketika sedih itu betul membawa erti sebenar atau pun hanya kekecewaan yang sementara.
 
Mengalirnya air mata menyentuh pipi dan menitis jatuh ke bumi ciptaanNya, kita menangis kerana apa? adakah sebab patah hati dengan makhlukNya atau hanya tangisan yang akan membawa kita erti ketenangan, setiap kali selepas mengalirkan air mata kita kan terasa seperti beban di dalam hati ini seolah-olah hilang sepenuhnya tetapi ia hanya sementara, tetapi ada tangaisan yang membuat kita gembira dan tenang sepuasnya selepas itu, tangisan itu adalh tangisan cinta kepadaNya.

Menangislah sepuasnya supaya kau mengerti akan tangisan itu janganlah kau menangis atas seseatu yang kosong. Biar tangisanmu menjadi saksi apa yang hati mu ingin luahkan dan bukan nya hanya aliran tanpa erti bersahaja.

p/s: aku menangis tetapi aku masih kosong. :)
 biar tangisan menjadi air yang menyuci. :)




pandanglah keatas supaya kau erti apa yang kau tangisi. :)