Saturday 29 October 2011

Cinta.

Salam alaikum,
Cinta adalah salah satu perasaan yang terkandung dalam diri setiap insan. Tanpa cinta tiadalah simpati. Tanpa cinta tiadalah sayang dan tanpa cinta tiadalah diri. Cinta itu tidak berbentuk tetapi memberi bekas kepada setiap insan yang mengalaminya.

Bagi aku, cinta itu mempunyai tahap dan aturannya. Yang pertama adalah cinta kepada Yang Memberi Cinta. Kedua cinta kepada kekasihNya. Ketiga cinta kepada kitab yang diturunkanNya. Keempat cinta kepada ibu dan bapa. Dan yang terakhir cinta kepada sesama insan.

Carilah kotak yang kukuh untuk melindungi cinta-cinta yang berbekas terhadap diri kita, kerna bekas-bekas tersebut masih rapuh dan yang pasti yang melindungi adalah yang terkuat. Cinta kepada Ilahi akan membolehkan kita mendapat cinta-cinta yang lain kerna Dia yang memberi cinta dan Dia Maha Pengatur.

Tidak akan lari gunung dikejar, berkayuh-kayuhlah mencari cinta dan jangan terburu-buru yang boleh membuat diri menempa bahaya, cari bimbingan yang telah tersedia dan bukan melulu membuta tuli tanpa tali.

Kalimah yang kau tinggalkan kian sepi,walaupun kau tidak mengerti tetapi dia menyuci,hilang kalimah dalam diri bagai layang-layang tiada bertali, ingin meningkah arus tetapi dibawa pergi.

p/s: bangkitlah dari tidur dalam jagamu, sedarlah dari mimpi sedarmu. 





cinta terdiri dari pelbagai ciri, penuhi ciri-ciri itu. :)

1 comment:

  1. hidup memerlukan cinta..
    tanpa cinta jiwa kosong hidup merana..:P

    ReplyDelete